Friday, October 17, 2008

Tajuk: Gambarkan suasana yang kamu lihat di sebuah pusat makanan yang kamu suka kunjungi di negara ini. Selain itu, ceritakan juga tentang perasaan dan pengalaman kamu semasa berada di sana.

Setiap kali aku berjalan-jalan di Bedok, aku akan melawat tempat kegemaran aku iaitu Bedok Corner. Aku tidak akan terlupa memakan makanan yang palingku suka di situ. Ia dikirakan paling sedap yang aku telah makan dimana-mana. Ia adalah Maggi Goreng. Ia dihidangkan dengan daging, telur dan beberapa udang yang tidak pernah kujumpai di selama ini. Aromanya yang menyedapkan membuatku berlumuran air ludah. Apabila ia dimasukkan ke dalam mulutku, terasalah kelazatannya yang sungguh dahsyat sekali. Terdapat beberapa kali aku mengambil lagi satu pesanan.

'Milo Godzilla' yang juga terdapa di situ itu, mempunyai kelainan daripada 'Milo Godzilla' yang biasanya dijual di kedai-kedai makan yang lain. Selalunya 'Milo Godzilla' ini cuma diletakkan serbuk milo dan aiskrim tetapi di Bedok Corner, ia meletakkan sos coklat dengan krim putih. Ia sungguh lazat dan lebih penting murah!

Apabila aku ke sana, aku tidak akan melupakan makanan dan minuman kegemaranku di situ sampaikan ibuku naik jelak pergi ke sana.

Posted by Copyright©™ at 9:48 AM

Monday, September 8, 2008

Sukan

Apakah definisi sukan? Menurut kamus dewan ketiga, sukan adalah segala yang menentukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan atau dilakukan sebagai secara hiburan. Bersukan juga mendatangkan banyak faedah. Apakan faedah-faedahnya?

Pertama, ia meningkatkan ekonomi. Contohnya, Beijian telah menjadi tuan rumah untuk sukan olimpik tahun ini. Ini akan menarik perhatian pelancong untuk ke Beijing supaya dapat menonton negara mereka bertarung antara negeri-negeri yang lain. Apabila ramai pelancong melawat Beijing, ini akan meningkat ekonomi negara mereka supaya dapat nama yang baik dan akan menjadi negara yang maju dan dapat teknology yang baik.

Kedua, ia dapat meningkatkan kerjasama ahli-ahli sukan itu. Contohnya seperti kapal naga. Setiap peserta harus bekerja sama dengan satu sama lain. Jika tidak kapal itu tidak akan bergerak lurus. Mereka akan kalah atau disingkirkan. Dalam sukan bola juga harus ada kerjasama yang bagus. Jika tidak ada keserasian, mereka akan berebut dan juga ada pertelingkahan antara satu sama lain.

Akhirnya, ia pun dapat mengeratkan persahabatan. Contohnya seperti pasukan Singapura. Semasa sukan Olimpik ataupun sukan SEA, mereka menyokong antara satu sama lain tidak kira sukan apa. Apabila salah seorang daripada mereka gagal, ahli-ahli pasukan lain pujuknya. Dengan ini persahabatan mereka makin rapat.

Berdasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan, ini menunjukkan bahawa sukan adalah penting bagi setiap individu. Oleh itu, kita patut bersukan supaya kita akan sihat dari segi mental dan juga fizikal.

Posted by Copyright©™ at 3:05 PM

Tuesday, August 12, 2008

Aku Seekor SINGA!

Aku adalah seekor singa. Aku dikatakan raja rimba di hutan yang lebat dan luas. Aku kuat, laju dan garang. Manusia suka memburu kami kerana bulu kami yang lebat dan mahal. Ketika musim sejuk, manusia menggunakan kulit kami untuk memanaskan badan mereka. Manusia menggunakan teknologi moden seperti pistol atau senapang untuk membunuh kami. Tetapi kadang-kala mereka gagal kerana penghiduan, penglihatan dan pendengaran kami dapat menjejakki mereka. Aku menghimbas kembali suatu peristiwa yang telah meragut nyawa datuk kesayanganku disebabkan oleh manusia yang tidak kenang budi.

Ini berlaku pada tahun 2222. Aku sedang berehat-rehat dengan keluargaku di tepi sungai. Adikku sedang bermain-main dengan bapaku. Aku sedang berbaring-baring dengan datukku. Apabila mataku hendak terlelap, naluriku berkata bahawa terdapat beberapa manusia sedang bersembunyi di semak-samun yang jauh daripada kami. Aku hendak memeriksa tetapi tidak terlarat kerana aku sangat ngantuk.

Tiba-tiba tedengar bunyi tembakkan. Aku pun terbangun daripada lamunanku dan ternampak datukku berlumuran darah. Aku cuba menolongnya tetapi dia menolakku lalu memberitahu kami untuk pergi melarikan diri. Kawan-kawanku yang pun berada berdekatan di situ, membahayakan diri mereka sahaja untuk mempertahankan kami. Ibubapaku membawa aku dan adikku jauh dari tempat tinggal kami. Kami sedih kerana telah kehilangan datukku. Aku hendak membalas dendamku apabila saya sudah betul-betul kuat bak kata pepatah biar putih tulang, jangan putih mata.

Posted by Copyright©™ at 5:16 PM

Tuesday, July 8, 2008

Karangan Melayu(Kapal Laut)

Sang Suria memancarkan cahayanya dengan terik sekali. Kedua-dua ibubapaku telah merancang untuk pergi ke pulau Batam pada Sabtu yang lalu. Kami ke sana untuk bersukaria dan membeli-belah. Mereka berkata yang kebanyakkan barang-barang yang dijual di situ lebih murah dari Malaysia. Kadang-kala aku keliru dengan mata wang di sana kerana mata wang mereka tidak sama dengan kami. Mereka memakai beribu-ribu rupiah seperti, enam ribu Rupiah bersama dengan sedolar di Singapore.

Selesainya membeli tiket-tiket feri, kami pun menunggu masa untuk kami berangkat. Beberapa minit kemudian, feri kami tiba dan boleh dinaiki. Ini bukan kali pertama aku menaikki kapal laut. Aku dah agak biasa dengan menaikki kapal laut. Dulu, apabila aku pertama kali menaikki kapal laut, aku berasa mabuk dan terus muntah. Sekarang aku tidak lagi berasa mabuk.

Tiba-tiba, feri aku terhenti di tengah laut. Kami pun hairan kenapa feri kami tiba-tiba berhenti di tengah laut. Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian hitam dengan sepucuk pistol di tangannya memberikkan arahan kepada kami supaya jangan membuat bising. Rupa-rupanya dia ialah Mas Selamat! Dialah yang diburu oleh pihak polis. Dia memberitahu kami bahawa dia telah meletakkan bom di dalam kapal kami. Kami berasa terperanjat. Salah seorang daripada kami mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Mas Selamat di dadanya. Kami diarahkan oleh pegawai-pegawai kapal itu untuk memakaikan jaket keselematan dan terus ke kapal keselematan yang telah disediakan. Kami sekeluarga bergegas ke salah sebuah kapal itu kerana bom itu akan diletupkan dalam beberapa mini lagi. Setelah semua kapal keselematan telah berada jauh dari kapal kami, kami semua berhenti seketika untuk melihat apa akan terjadi pada kapal kami itu. Dalam beberapa saat kemudian, kedengaran letupan yang kuat di dalam kapal itu. Kapal itu pun meletup dan ia berkecai seperti gelas. Inilah pertama kali kami sekeluarga melihat kapal laut meletup.

Posted by Copyright©™ at 3:44 PM

Friday, April 4, 2008

Tentang Diriku

AKU yang bernama Muhaimin ialah seorang lelaki yang tabah yang dapat megatasi semua halangan. Aku menetap di Tampines dan besekolah di Sekolah Menengah East Spring. Guru darjah ku ialah Cikgu Humaiyah. Kawan-kawanku semuanya baik-baik belaka berbanding dengan kawan-kawanku di darjah rendah. Aku suka bermain komputer, badminton dan bolasepak.

Posted by Copyright©™ at 7:57 AM